Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 20, 2011

Kaer Azami AF2



Sekian lama mendiamkan diri dalam industri seni suara tanah air, bukanlah bermakna penyanyi Kaer Azami memilih untuk terus menyepi, apatah lagi setelah dia baru saja menamatkan pengajiannya dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Bukan sekadar Kuala Lumpur, malah anak muda ini sering berulang-alik ke Jakarta yang turut menjadi kota inspirasi buatnya untuk berkarya sama ada sebagai penyanyi mahupun meluaskan pengalaman sebagai usahawan muda. Kepulangannya ke ibu negara baru-baru ini, ternyata telah memberi peluang terbaik buat dirinya untuk hadir ke acara fesyen Glam Great Escape anjuran majalah fesyen terkemuka Glam di pusat beli-belah Gardens Mall di sini, semalam.

Kemunculannya bukan sekadar sebagai penyeri acara, malahan juga, inilah masanya untuk dia berpenampilan menarik di hadapan lensa bersama persalinan yang membawa penjenamannya sendiri iaitu Kazami Homme.
Benar, Kazami Homme adalah buah tangan terbaru Kaer Azami buat penggemar dunia fesyen serantau yang inginkan kelainan dan juga kesempurnaan dari sudut aspek penampilan serta rekaan sesebuah pakaian, khususnya buat golongan pria.


"Apa yang saya pakai hari ini semuanya dari jenama saya sendiri. Begitu juga apa yang sedang dipakai adik saya. Ini adalah antara rekaan terbaru Kazami Homme. "Insya Allah jika tidak ada aral melintang, Kazami Homme buat pertama kalinya akan di berada di pusat beli-belah Plaza Indonesia atau Pacific Place di Jakarta kerana dari segi rekaan serta pembuatan, semuanya saya laksanakannya di sana," katanya.


Kaer Azami tampil tersendiri dengan pemilihan bow tie bersaiz besar, kemeja biru berpotongan kemas, seluar panjang hitam dan boots military hitam yang digayakannya dengan cukup menarik. Manakala, adiknya pula menggayakan kot panjang ala tentera bewarna kelabu ketika hadir pada majlis fesyen yang turut dimeriahkan ramai artis popular berkenaan.

Katanya, jenamanya itu menampilkan rekaan yang klasik, artistik, ringkas dan ada diantaranya memiliki gaya avant garde selari dengan citarasanya yang gemarkan beberapa jenama hebat antarabangsa seperti Dior Homme dan Dsquared2. Jelas Kaer, minatnya untuk menceburi perniagaan fabrik dan fesyen bermula sejak dia sering mengalami kesukaran memilih pakaian yang sesuai untuk menghadiri persembahan pentas mahupun melengkapi agenda bercorak fesyen. Meskipun tidak memiliki kelulusan dalam jurusan fesyen, tapi dia percaya, dengan adanya minat mendalam terhadap industri berkenaan, semua itu tidak menjadi penghalang untuk dia terus hadir dengan jenama fesyennya sendiri.

"Saya sering tampil dengan gaya tersendiri apabila ke majlis hiburan mahpun fesyen. Tak sangka pula ramai pula yang suka dengan penampilan saya. Ada juga yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan pakaian seperti mana yang saya pakai.

"Sejak itu, saya mula menjalani perniagaan secara kecil-kecilan di laman Facebook. Alhamdulillah sambutannya agak menggalakan dan kini saya mula memberanikan diri untuk meletakan rekaan saya di butik tidak lama lagi," katanya yang turut bercadang untuk membawa Kazami Homme ke Malaysia tidak lama lagi.

sumber : murai.com


No comments:

Post a Comment