Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, May 8, 2011

Perindu Senantiasa di Hati..




Wujudmu di sini
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu
Memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup,budaya bangsa,agama,negara
Pembentuk akhlak manusia
Agar jadi sempurna


Ku yang melangkah di sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmumu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku


Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita berjaya
Demi bangsa


Watikah yang ku miliki kan ku semat dihati
Janji ku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua

UiTM...USAHA,TAQWA,MULIA









Saturday, May 7, 2011

Usop Wilcha


Shy8 a.k.a Usop Wilcha Masih Culture Shock!: 

Tidak pernah menyangka akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun, pemilik nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 akui masih terkejut dengan populariti segera yang diraihnya selepas muncul dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR).

Malah, dia yang dikenali sebagai Usop Wilcha dalam filem arahan Mamat Khalid itu juga masih terasa kekok untuk membiasakan dirinya sebagai selebiriti yang dikenali ramai. Apa tidaknya setiap langkah, gerak-gerinya serta tutur katanya kini sering menjadi perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) baru- baru ini. Seluruh dewan Arena of Stars Genting Highlands menjadi gamat serta hiruk-pikuk dengan aksi serta gelagatnya yang mencuit hati sewaktu dia muncul dengan watak Usop Wilcha di penghujung acara tersebut bagi menyampaikan keputusan bagi pemenang Bintang Paling Popular yang merupakan anugerah paling terbesar pada malam itu.

"Terus-terang sehingga kini saya sendiri pun masih tak paham dan masih terkejut dengan apa yang melanda diri saya sekarang ini. Malah, saya masih lagi tak percaya serta culture shock dengan populariti yang saya kecapi kini.

"Namun saya rasa, saya tidak akan mengecapi semua ini tanpa bantuan seluruh warga HKLBR. Mereka semua adalah orang yang sudah berpengalaman dan berjaya dalam dunia seni lakonan dan saya cukup berbangga dapat bekerjasama dengan mereka.

"Mungkin apa yang saya terima ini adalah rezeki yang Tuhan berikan kepada saya. Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya sewaktu dihubungi oleh murai.com.my.

Tambah Shy8 lagi, dia memberitahu nama Usop Wilcha juga bagaikan sudah melekat dan sinonim kepada dirinya kerana ke mana sahaja dia pergi, dia lebih dikenali sebagai nama tersebut berbanding nama sebenarnya
"Mula-mula saya rasa janggal juga bila orang asik panggil saya dengan nama Usop. Tetapi sudah lama kelamaan saya sudah biasa pula dan senang pula dengan penerimaan orang.

"Apa-apa pun saya kene terima lah kerana saya tak boleh nak suruh orang berhenti memanggil saya dengan nama Usop. Lagipun memang Usop lebih popular daripada Shy8," jelasnya lagi.

Apa yang pasti, populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.

Shy8 yang juga kini sedang berkhidmat sebagai Pengurus Komunikasi Koporat di syarikat Tanjung Offshore Berhad juga tidak menyangka pelawaan pertama dari pengarah Mamat Khalid untuk menceburi bidang lakonan telah menjadikannya kini seorang pelakon yang disukai ramai.

"Saya terjebak dalam bidang lakonan ini setelah saya diajak oleh Mamat untuk membintangi filem Lang Buana tetapi waktu itu saya hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan.

"Kemudian Mamat Khalid tidak jemu ajak saya untuk membintang filem Zombi Kampung Pisang. Selepas daripada itu, baru saya dapat rasa saya sudah mula menaruh minat dalam bidang ini.

"Bertambah kuat lagi bila saya dapat reaksi yang hebat dari penonton melalui filem HKLBR pula. Kalau nak ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu.
"Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga," katanya yang telah mula terjebak dalam dunia seni sebagai penyanyi sebelum berlakon," katanya.

Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya telah dilihat oleh pengarah Mamat Khalid yang seorang uga rakan lamanya. Malah dia juga mempunyai majikan yang cukup memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.

Shy8 yang bakal muncul dalam filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit sebelum ini pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996.
Namun, dia menyifatkan album yang mendapat sentuhan kreativitinya sendiri itu secara keseluruhannya adalah sebuah album syok sendiri kerana ia tidak mampu mengekalkan kerjaya nyanyiannya dengan lama.

sumber : murai.com

Mentor 5: Shiha


Pencapaian protégé Dato Sharifah Aini iaitu Shiha dalam Mentor Musim 5 sememangnya amat memberansangkan sehinggakan hampir setiap minggu kedudukan protegenya dalam saingan kumpulan A sentiasa berada di tangga yang teratas.

Malah, selama empat minggu berada dalam Mentor 5, Shiha telah berjaya mengumpul mata yang tertinggi dalam saingannya iaitu sebanyak 252 markah yang mana ia telah melayakkannya untuk mara ke peringkat separuh akhir.



Apa yang pasti kejayaan yang dikecapi oleh Shiha telah membuatkan mentornya, Dato Sharifah Aini atau Kak Pah turut merasa amat bangga dan yakin bahawa protegenya itu mempunyai potensi untuk pergi dengan lebih jauh lagi dalam bidang seni ini.

"Alhamdulilah, saya sendiri tak jangka Shiha boleh melayakkan diri ke semi final kerana bagi saya itu semua perkara yang kedua. Apa yang penting persembahan yang diberikan Shiha dapat memuaskan hati saya dan penonton.

"Tapi saya perlu akui, Shiha seorang protégé yang sangat konsisten dalam persembahannya setiap minggu. Dia seorang pelajar yang sangat bagus kerana dia sangat serius dan dedikasi dalam sesuatu perkara yang dilakukannya.

"Sehinggakan saya sendiri tak rasa susah untuk melentur atau mengajarnya kerana dia ibarat seorang anak yang sangat mendengar kata. Namun begitu, untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya, banyak benda atau perkara lain yang dia perlu belajar lagi untuk menjadi lebih sempurna," kata Kak Pah.

PM ucap selamat Hari Ibu

NAJIB


KUALA LUMPUR - Sempena Hari Ibu yang akan disambut hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat merenung dan mengingat kembali pengorbanan serta peranan ibu dalam hidup yang jelas tidak dapat dinafikan.
Perdana Menteri berkata: "Kepada semua ibu, termasuk mereka yang baru menerima cahaya mata pertama pada hari ini, Selamat Hari Ibu!
"Teruskanlah usaha murni membimbing anak-anak kita dan harapan masa hadapan negara. Salam 1Malaysia!" katanya dalam laman Facebooknya semalam. - Bernama

kelebihan matrikulasi dan diploma




Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.
Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Walau bagaimanapun, ia menawarkan tempoh pembelajaran yang panjang iaitu 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi. Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pegajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.
Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.
Tetapi pembaca blog ini harus sedar bahawa matrikulasi, program asasi dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.
Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2007 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di Kolej Martrikulasi Labuan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.
Di usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing tahun 2008 ini.
Pertengahan tahun 2008 – Pelajar A mula belajar di matrikulasi PST manakala Pelajar B mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM.
Pertengahan tahun 2009 – Pelajar A tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. Pelajar B pula memasuki tahun kedua pengajian diploma.
Pertengahan tahun 2010 – Pelajar A sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.
Pertengahan tahun 2011 – Pelajar A sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM. Pelajar B dah tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM. Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.
Pertengahan tahun 2012 – Pelajar A memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM. Rakannya pelajar B pula baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.
Pertengahan tahun 2013 – Pelajar A telah tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit. Pelajar B sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2014 – Pelajar A masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan. Pelajar B mula belaja di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2015 – Pelajar A masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah*. Pelajar B tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2014 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga. * Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.
Dan begitulah seterusnya. Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Sifu berharap, dari penerangan dan contoh yang sifu berikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya. Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan. Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM, sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit, dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2 tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).
sumber: sifu2b.wordpress.com

Penyanyi Korea paling ‘Top’

SERAMAI 388 selebriti dan wakil hiburan diundi dalam sebuah portal berita hiburan rasmi untuk menentukan penyanyi terbaik Korea. Selepas undian dikira, tempat pertama dimiliki Cho Yong Pil dengan 58 undian (15.2 peratus). Walaupun berusia lebih 60 tahun, persembahan penyanyi itu masih bertenaga seperti dulu.



Tempat kedua jatuh kepada Big Bang dengan 29 undian (7.4 peratus). Walaupun berbeza 30 undian daripada tempat pertama, Big Bang tetap dipilih sebagai artis paling top industri muzik Korea terkini.

Mereka menjadi ikon terhangat dalam industri beberapa tahun kebelakangan ini. Sebaik saja muzik baru mereka di pasaran, mereka berjaya menyapu kedudukan carta muzik seluruh negara, malah fesyen mereka turut menjadi bahan bualan.


Juri Superstar K, Lee Seung Chul menduduki tempat ketiga dalam carta penyanyi Korea paling ‘top’. Dia memiliki peminat daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Sama ada dalam bidang penyiaran mahupun konsert atas talian (online), dia kuat bekerja.


Tangga seterusnya dimiliki Kim Bum Soo dengan 22 undian (5.6 peratus) dan kemudian Seo Taiji satu undian di belakang Kim Bum Soo. Kumpulan SNSD pula hanya di tangga keenam manakala TVXQ ketujuh. Adakah peminat K-Pop Malaysia setuju dengan kedudukan ini?

Selamat Tinggal Dunia Remajaku!!!


Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmanisosialemosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".