Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, May 7, 2011

Mentor 5: Shiha


Pencapaian protégé Dato Sharifah Aini iaitu Shiha dalam Mentor Musim 5 sememangnya amat memberansangkan sehinggakan hampir setiap minggu kedudukan protegenya dalam saingan kumpulan A sentiasa berada di tangga yang teratas.

Malah, selama empat minggu berada dalam Mentor 5, Shiha telah berjaya mengumpul mata yang tertinggi dalam saingannya iaitu sebanyak 252 markah yang mana ia telah melayakkannya untuk mara ke peringkat separuh akhir.



Apa yang pasti kejayaan yang dikecapi oleh Shiha telah membuatkan mentornya, Dato Sharifah Aini atau Kak Pah turut merasa amat bangga dan yakin bahawa protegenya itu mempunyai potensi untuk pergi dengan lebih jauh lagi dalam bidang seni ini.

"Alhamdulilah, saya sendiri tak jangka Shiha boleh melayakkan diri ke semi final kerana bagi saya itu semua perkara yang kedua. Apa yang penting persembahan yang diberikan Shiha dapat memuaskan hati saya dan penonton.

"Tapi saya perlu akui, Shiha seorang protégé yang sangat konsisten dalam persembahannya setiap minggu. Dia seorang pelajar yang sangat bagus kerana dia sangat serius dan dedikasi dalam sesuatu perkara yang dilakukannya.

"Sehinggakan saya sendiri tak rasa susah untuk melentur atau mengajarnya kerana dia ibarat seorang anak yang sangat mendengar kata. Namun begitu, untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya, banyak benda atau perkara lain yang dia perlu belajar lagi untuk menjadi lebih sempurna," kata Kak Pah.

2 comments:

Post a Comment