Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, May 7, 2011

Usop Wilcha


Shy8 a.k.a Usop Wilcha Masih Culture Shock!: 

Tidak pernah menyangka akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun, pemilik nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 akui masih terkejut dengan populariti segera yang diraihnya selepas muncul dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR).

Malah, dia yang dikenali sebagai Usop Wilcha dalam filem arahan Mamat Khalid itu juga masih terasa kekok untuk membiasakan dirinya sebagai selebiriti yang dikenali ramai. Apa tidaknya setiap langkah, gerak-gerinya serta tutur katanya kini sering menjadi perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) baru- baru ini. Seluruh dewan Arena of Stars Genting Highlands menjadi gamat serta hiruk-pikuk dengan aksi serta gelagatnya yang mencuit hati sewaktu dia muncul dengan watak Usop Wilcha di penghujung acara tersebut bagi menyampaikan keputusan bagi pemenang Bintang Paling Popular yang merupakan anugerah paling terbesar pada malam itu.

"Terus-terang sehingga kini saya sendiri pun masih tak paham dan masih terkejut dengan apa yang melanda diri saya sekarang ini. Malah, saya masih lagi tak percaya serta culture shock dengan populariti yang saya kecapi kini.

"Namun saya rasa, saya tidak akan mengecapi semua ini tanpa bantuan seluruh warga HKLBR. Mereka semua adalah orang yang sudah berpengalaman dan berjaya dalam dunia seni lakonan dan saya cukup berbangga dapat bekerjasama dengan mereka.

"Mungkin apa yang saya terima ini adalah rezeki yang Tuhan berikan kepada saya. Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya sewaktu dihubungi oleh murai.com.my.

Tambah Shy8 lagi, dia memberitahu nama Usop Wilcha juga bagaikan sudah melekat dan sinonim kepada dirinya kerana ke mana sahaja dia pergi, dia lebih dikenali sebagai nama tersebut berbanding nama sebenarnya
"Mula-mula saya rasa janggal juga bila orang asik panggil saya dengan nama Usop. Tetapi sudah lama kelamaan saya sudah biasa pula dan senang pula dengan penerimaan orang.

"Apa-apa pun saya kene terima lah kerana saya tak boleh nak suruh orang berhenti memanggil saya dengan nama Usop. Lagipun memang Usop lebih popular daripada Shy8," jelasnya lagi.

Apa yang pasti, populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.

Shy8 yang juga kini sedang berkhidmat sebagai Pengurus Komunikasi Koporat di syarikat Tanjung Offshore Berhad juga tidak menyangka pelawaan pertama dari pengarah Mamat Khalid untuk menceburi bidang lakonan telah menjadikannya kini seorang pelakon yang disukai ramai.

"Saya terjebak dalam bidang lakonan ini setelah saya diajak oleh Mamat untuk membintangi filem Lang Buana tetapi waktu itu saya hanya memegang watak sebagai pelakon tambahan.

"Kemudian Mamat Khalid tidak jemu ajak saya untuk membintang filem Zombi Kampung Pisang. Selepas daripada itu, baru saya dapat rasa saya sudah mula menaruh minat dalam bidang ini.

"Bertambah kuat lagi bila saya dapat reaksi yang hebat dari penonton melalui filem HKLBR pula. Kalau nak ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu.
"Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga," katanya yang telah mula terjebak dalam dunia seni sebagai penyanyi sebelum berlakon," katanya.

Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya telah dilihat oleh pengarah Mamat Khalid yang seorang uga rakan lamanya. Malah dia juga mempunyai majikan yang cukup memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.

Shy8 yang bakal muncul dalam filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit sebelum ini pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996.
Namun, dia menyifatkan album yang mendapat sentuhan kreativitinya sendiri itu secara keseluruhannya adalah sebuah album syok sendiri kerana ia tidak mampu mengekalkan kerjaya nyanyiannya dengan lama.

sumber : murai.com

1 comment:

munGe سلواني said...

awok dah kabo awok nak colour pink..ngehehehe

Post a Comment